National Cancer Society Malaysia 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Tel: 03-2698 7351
Fax: 03-2698 2087
E-mel:contact@cancer.org.my


 
Umum
Mengelak Penyakit & Pengesanan Awal
Jenis Kanser
Rawatan
Nutrisi
Glosari
Soalan Anda Patut Tanya Doktor Anda



Pundi Kencing
Pundi kencing ialah suatu organ yang berongga, berotot dan spt belon yg menyimpan air kencing/urin. Ia terletak di bahagian bawah abdomen. Kencing mengandungi air dan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan kita.

Pundi kencing dialasi suatu membran yang menghalang urin diserap kembali ke dalam tubuh. Sel-sel membran ini dipanggil sel-sel peralihan atau sel-sel urotelia, dan pengalas membran dipanggil urotelium.

Ginjal atau buah pinggang menghasilkan urin yang dibawa ke pundi kencing melalui tiub-tiub yang dipanggil ureter. Pundi kencing kemudiannya menyimpan urin sehingga ianya penuh dan dapat dialir keluar melalui suatu tiub dipanggil uretra, yang mengalirkan keluar urin daripada tubuh.

Pada wanita, uretra merupakan tiub yang pendek yang terletul betul-betul di hadapan vagina (kanal lahir). Pada lelaki, tiub ini lebih panjang dan melalui kelenjar prostat dan penis.

Kanser Pundi Kencing
Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza. Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser superfisial.

Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan. Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih dalam.

Download Full Document
Anda boleh membawa pembezaan dengan menyokong Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Nama Penuh :
Emel:


© 2004 National Cancer Society Malaysia  
sitemap | contact us