National Cancer Society Malaysia 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Tel: 03-2698 7351
Fax: 03-2698 2087
E-mel:contact@cancer.org.my


 
Umum
Mengelak Penyakit & Pengesanan Awal
Jenis Kanser
Rawatan
Nutrisi
Glosari
Soalan Anda Patut Tanya Doktor Anda





MAKLUMAT UMUM


"Bengkak atau pembesaran sel abnormal yang terletak dalam tisu atau organ badan dikenali sebagai tumor." Tumor malignan atau kanser mempunyai kebolehan untuk menyerang sel normal dan merebak ke seluruh badan." Oleh itu Malignan tumor malignan boleh menjejas kehidupan kita. Sebaliknya tumor benigna tidak akan menyerang tisu sebelah dan tidak merebak ke seluruh badan. Oleh itu tumor benigna tidak menjejaskan kehidupan manusia. Walau bagaimanapun sesetengah sel dalam tumor benigna boleh berubah dan menjadi malignan dan berkanser. Tumor boleh menjadi benigna atau malignan , dan beberapa tumor benigna boleh berubah dengan peredaran masa untuk menjadi tumor malignan atau kanser.

Maklumat yang terkandung dalam muka surat seterusnya semuanya berfokus terutamanya pada tumor malignan dan kanser seperti mereka lebih dikenali. Maklumat ini bertujuan membantu anda memahami cara kanser di diagnosis dan dirawat. Terdapat juga maklumat tambahan mengenai perkhidmatan sokongan dan nasihat nutrisi.

Laman web Persatuan Kanser Kebangsaan telah direka bagi tujuan pendidikan sahaja dan bukan untuk memberi nasihat perubatan atau perkhidmatan profesional. Maklumat yang terkandung di sini tidak patut digunakan untuk sebarang diagnosis atau untuk merawat sesuatu isu kesihatan atau penyakit. Laman web ini bukan pengganti perkhidmatan profesional perubatan. Jika anda mengesyaki sesuatu isu kesihatan wujud pada diri anda, anda perlu berjumpa dengan seorang pakar perubatan.

Kami tidak boleh menasihatkan anda mengenai rawatan yang terbaik bagi anda. Anda perlu berbincang dengan doktor anda sendiri mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, kami berharap maklumat ini dapat menjawab beberapa daripada soalan anda serta menggalak anda bertanya soalan yang sesuai apabila bersama doktor anda.

NCSM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa organisasi yang telah menyumbang kepada bahagian ini, terutamanya Majlis Kanser Victoria (Australia), Yayasan Kanser Western Australia dan institut kanser kebangsaan(US).

Kaki tangan NCSM akan menyunting semua maklumat demi memastikan maklumat ini sesuai dan padan dengan keperluan tempatan. Jika anda ketahui mengenai sebarang perkhidmatan yang bukan bertujuan komersial yang mungkin akan berguna kepada mereka dengan kanser, sila hubungi kami di contact@cancer.org.my

Bagi maklumat tambahan sila lihat pautan di sebelah.




Anda boleh membawa pembezaan dengan menyokong Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Nama Penuh :
Emel:


© 2004 National Cancer Society Malaysia  
sitemap | contact us